Anda mungkin akan gagal dalam cita-cita anda untuk menyusukan bayi anda sepenuhnya JIKA:
1) Tiada keyakinan - KEYAKINAN sangat penting untuk memastikan
kejayaan anda menyusukan bayi anda speenuhnya. YAKIN yang anda mampu
menyusukan bayi sehingga 2 tahun, YAKIN yang anda mampu menangani
sebarang cabaran mendatang. Jika tidak yakin, dengan mudah anda akan
mengalah.
2) Kurang ilmu -
Kurang ilmu tentang penyusuan akan menyebabkan anda dengan mudah
percaya yang anda tiada susu, tak cukup susu, maka terus berhenti untuk
berusaha. Tiada ilmu juga menyebabkan anda tidak yakin menyusukan bayi
adalah sangat mudah jika betul tekniknya.
3) Tidak bersungguh-sungguh -
Ramai yang nak menyusukan anak, tapi tidak bersungguh-sungguh. Apabila
ada masalah susu merudum, stok EBM susut, baby meragam, x larat
mengepam.. maka dengan mudah anda akan mengambil alternatif untuk
memberikan susu formula.
4) Tiada sokongan suami -
Sokongan suami atau orang terdekat sangat penting untuk menjayakan
penyusuan terutamanya di awal kelahiran bayi. Walaubagaimana pun,
keinginan daripada dalam diri sendiri adalah paling utama.
5) Cepat putus asa -
Ada ibu yang bermasalah kurang susu atau susu merudum, ada juga yang
ada masalah puting tenggelam, puting melecet, bengkak susu dan
sebagainya. Jika ibu tidak kuat semangat dan cepat berputus asa, maka
cita-cita tidak akan kesampaian.
6) Tidak bersedia -
Untuk ibu yang bekerja, perlu ada persediaan yang rapi terutamanya
untuk membuat stok susu. Perlu ada persediaan peralatan mengepam (jika
perlu), botol simpanan, dan ilmu yang cukup tentang pengendalian EBM.
Ibu yang kurang bersedia akan menghadapi masalah untuk membekalkan susu
ibu secukupnya kepada bayi. Jadi digalakkan untuk membuat stok paling
kurang 2 minggu sebelum masuk bekerja selepas berpantang.
7) Tidak kisah -
Ramai ibu yang tahu tetang besarnya manfaat susu ibu. Tapi ramai juga
yang tidak kisah jika anak diberi susu formula. Usaha hanya ala kadar.
Apabila ada masalah sedikit, terus mengambil alternatif susu formula.
8) Tidak jaga pemakanan -
Pemakanan turut memainkan peranan penting dalam penghasilan susu ibu.
Makanan yang tidak berkhasiat, atau tidak mencukupi nutrisinya akan
mempengaruhi penghasilan susu ibu. Tambahan lagi jika ibu berdiet
(kurang makan). Jadi mungkin akan ada ibu yang gagal dalam penyusuan
kerana masalah kurang susu akibat tidak jaga pemakanan.
9) Stress -
Stress yang berpanjangan akan mengganggu penghasilan susu ibu. Tambahan
pula, jika stress, pastinya ibu tidak dapat mengepam dengan tenang.
Jadi kemungkinan susu akan merudum dan menyebabkan ibu mudah berputus
asa. Jadi bertenanglah... kurangkan stress semasa bekerja dan sentiasa
ingat anak yang tersayang.
10) Kurang berdoa pada-Nya - Ingatlah,
rezeki milik Allah. Susu ibu juga adalah rezeki milik Allah. Jadi jika
nak banyak susu, nak murah rezeki, mintalah kepada pemilik-Nya.
Jom ibu-ibu... berusaha bersungguh-sungguh untuk berikan yang terbaik kepada bayi kita. Apa yang kurang, kita baiki..
Dapatkan vitamin pilihan & konsultasi percuma dari saya.
Saya adalah pengedar
shaklee di KUALA LUMPUR dan kawasan sekitar AMPANG,KERAMAT Dan
SETIAWANGSA boleh COD
sms/call.whatsapp : 014 2782332
email : rabiatul.ruby@gmail.com
fb : Rabiatul Adawiyyah
Shaklee ID:1082855
10 Perkara yang menggagalkan penyusuan susu ibu secara menyeluruh
Khamis, 16 Januari 2014
Dicatat oleh
Unknown
di
Khamis, Januari 16, 2014
E-melkan Ini
BlogThis!
Kongsi pada X
Kongsi ke Facebook
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 ulasan:
Catat Ulasan