Nutrisi untuk Pesakit Thalasemia
Sabtu, 26 April 2014
Salam Petang sabtu mnggu terakhir untuk bulan ini..
Semoga anda ceria berhujung minggu bersama keluarga dan orang tersayang..
Adakah anda atau ahli keluarga anda menghidap Thalasemia? Pesakit Thalasemia sering kelihatan pucat dan tidak bermaya. Muka dan tapak tangan berwarna kuning. Pengambilan makanan yang tidak seimbang bagi pesakit ini boleh membawa kepada maut atau penyakit bertambah teruk. Di Shaklee, terdapat beberapa Suplimen/Vitamin yang dicadangkan untuk pesakit Thalasemia.
PANDUAN NUTRISI UNTUK THALASEMIA
Rawatan penyakit Thalasemia
Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.
Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya berupaya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine. Selain itu pesakit boleh mengambil ubat oral iaitu Ferriprox. Defriprone perlu diambil mengikut kesesuaian pesakit. Hal ini kerana ada sesetengah pesakit yang alahan seperti kepada ubat-ubat yang tertentu dan terpaksa menukar jenis ubat yang terpaksa diambil olehnya.
Rawatan Pemindahan sum-sum tulang (bone marrow transplan) boleh dibuat sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan ahli keluarga pesakit. Bagi Panduan nutrisi kepada pesakitini, Pesakit tidak digalakkan memakan makanan yang kaya dengan zat besi (iron) seperti organ dalaman yang menyumbang kepada pertambahan zat besi dalam badan seperti hati, limpa, paru-paru, hempedal dan sebagainya. Selain itu, pesakit juga perlu mengelak daripada makan makanan seperti sayur bayam, kerang, spirulina, daging merah, sardin, tuna, dan sebagainya yang menyumbang kepada pertambahan zat besi dalam badan pesakit.
Di samping itu, pesakit juga perlu memakan makanan yang mengandungi Folate atau nama lainnya Folic Acid (Vitamin B9) yang terdapat dalam sayuran hijau untuk membina haemoglobin. Pesakit juga digalakkan mengambil kombinasi Kalsium dan Vitamin D yang penting dalam menguatkan tulang dan seterusnya mengelak daripada terkena penyakit Osteoporosis iaitu keadaan dimana jisim tulang menyusut dan menjadi rapuh. Hal ini kerana pesakit Talasemia cenderung untuk mendapat Osteoporosis disebabkan semasa terapi penyingkiran zat besi, kalsium juga akan turut berkurangan dan ia boleh menyumbang kepada penyusutan jisim tulang.
Pengambilan teh dan kopi dan minuman seharian juga amat digalakkan kerana didalamnya terdapat kafein yang dapat mengurangkan penyerapan zat besi oleh tubuh dalam pengambilan makanan seharian. Semasa dalam tempoh rawatan membuang zat besi, pesakit juga digalakkan mengambil Asid Askorbik atau Vitamin C dimana pengambilannya dapat memaksimumkan pengeluaran zat besi dari dalam badan. Hal ini kerana, Vitamin C dapat membantu memudahkan proses penyerapan zat besi di sekitar organ dan meresap ke dalam darah untuk memudahkanya keluar dari badan. Jika pesakit mahu mengambil makanan yang mengandungi zat besi dalam makanan mereka,harus dielakkan daripada mengambil Vitamin C pada masa itu. Pesakit juga tidak digalakkan mengambil makanan yang mengakibatkan kuantiti sel darah merah cepat turun seperti pengambilan asam yang berlebihan dan mee segera.
KESIMPULANNYA ;-
Nutrisi atau Suplemen yang dicadangkan untuk diambil oleh pesakit Thalasemia adalah:-
* B COMPLEX (Vitamin B)
* CHEW VITAMIN C (Vitamin C)
* OSTEMATRIX (Kalsium)
* SR VITAMIN C (500 MG) ((Vitamin C))
*****PERINGATAN: VITALEA TIDAK BOLEH DIAMBIL KERANA MENGANDUNGI ZAT BESI.PESAKIT THALASEMIA TIDAK BOLEH MENGAMBIL ZAT BESI YANG BERLEBIHAN KERANA BOLEH MENYEBABKAN MAUT/MAKIN TERUK.
Bagi anda yang ingin dapatkan Vitamin Shaklee boleh hubungi 0142782332 (rabiatul). Boleh call/sms/whatapp anytime..
COD:jalan ampang,keramat,setiawangsa,kampung baru,bandar baru ampang
Tempahan/konsultasi-0142782332(rabiatul)
Dicatat oleh
Unknown
di
Sabtu, April 26, 2014
E-melkan Ini
BlogThis!
Kongsi pada X
Kongsi ke Facebook
Label:
B-Complex,
Ostematrix,
Vitamin C
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 ulasan:
Catat Ulasan