Memaparkan catatan dengan label Ostematrix. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ostematrix. Papar semua catatan

Khasiat Ostematrix Shaklee - Supplement Kalsium

Selasa, 24 Jun 2014

Pengambilan kalsium mencukupi adalah penting untuk kesihatan tulang kita. Sekiranya anda sering alami lenguh-lenguh,keletihan,sakit pinggang dan kekejangan selepas bersukan, ia menandakan kandungan kalsium kurang dalam tubuh anda. Para atlet,peserta kawad dan buruh binaan mengalami risiko kekurangan jisim tulang lebih cepat berbanding orang biasa. Ibu hamil juga perlukan lebih kalsium.
Ostematrix adalah Supplement tulang dari Shaklee mempunyai pelbagai kshasiat yang sering mendapat permintaan terutama ibu hamil,ibu bersalin,ibu dalam pantang dan wanita biasa. Sekiranya anda mencari supplement kalsium,disarankan memilih supplement yang ada  Vitamin D dan magnesium kerana ia menggalakkan penyerapan kalsium dalam tulang. Ostematrix Shaklee lengkap dengan dua nutrisi ini dan mudah ditelan.

Ostematrix menepati kriteria pemilihan supplement kalsium kerana:
-  Mempunyai Vitamin D dan Magnesium
-   Dibuat secara semulajadi dan bukan dari sumber tulang dan dolomite yang berisiko menyebabkan keracunan.
- Ia tidak menggunakan mineral chelated kerana proses tersebut menyebabkan tubuh menyerap logam berat dan toksin tercemar.
----------------------------------------------------------------------------------
Hubungi saya untuk dapatkan OSTEMATRIX atau supplement lain.
Konsultasi PERCUMA!! 
sms/whatsapp:0142782332(rabiatul)
emel:rabiatul.ruby@gmail.com
FB Page:Kedai Farmasi Online
COD:Bandar Baru Ampang,setiawangsa,keramat
----------------------------------------------------------------------------------

Nutrisi untuk Pesakit Thalasemia

Sabtu, 26 April 2014


Salam Petang sabtu mnggu terakhir untuk bulan ini..
Semoga anda ceria berhujung minggu bersama keluarga dan orang tersayang..

Adakah anda atau ahli keluarga anda menghidap Thalasemia? Pesakit Thalasemia sering kelihatan pucat dan tidak bermaya. Muka dan tapak tangan berwarna kuning. Pengambilan makanan yang tidak seimbang bagi pesakit ini boleh membawa kepada maut atau penyakit bertambah teruk. Di Shaklee, terdapat beberapa Suplimen/Vitamin yang dicadangkan untuk pesakit Thalasemia.


PANDUAN NUTRISI UNTUK THALASEMIA

Rawatan penyakit Thalasemia

Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.
Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya berupaya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.

Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine. Selain itu pesakit boleh mengambil ubat oral iaitu Ferriprox. Defriprone perlu diambil mengikut kesesuaian pesakit. Hal ini kerana ada sesetengah pesakit yang alahan seperti kepada ubat-ubat yang tertentu dan terpaksa menukar jenis ubat yang terpaksa diambil olehnya.

Rawatan Pemindahan sum-sum tulang (bone marrow transplan) boleh dibuat sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan ahli keluarga pesakit. Bagi Panduan nutrisi kepada pesakitini, Pesakit tidak digalakkan memakan makanan yang kaya dengan zat besi (iron) seperti organ dalaman yang menyumbang kepada pertambahan zat besi dalam badan seperti hati, limpa, paru-paru, hempedal dan sebagainya. Selain itu, pesakit juga perlu mengelak daripada makan makanan seperti sayur bayam, kerang, spirulina, daging merah, sardin, tuna, dan sebagainya yang menyumbang kepada pertambahan zat besi dalam badan pesakit.

Di samping itu, pesakit juga perlu memakan makanan yang mengandungi Folate atau nama lainnya Folic Acid (Vitamin B9) yang terdapat dalam sayuran hijau untuk membina haemoglobin. Pesakit juga digalakkan mengambil kombinasi Kalsium dan Vitamin D yang penting dalam menguatkan tulang dan seterusnya mengelak daripada terkena penyakit Osteoporosis iaitu keadaan dimana jisim tulang menyusut dan menjadi rapuh. Hal ini kerana pesakit Talasemia cenderung untuk mendapat Osteoporosis disebabkan semasa terapi penyingkiran zat besi, kalsium juga akan turut berkurangan dan ia boleh menyumbang kepada penyusutan jisim tulang.
 

Pengambilan teh dan kopi dan minuman seharian juga amat digalakkan kerana didalamnya terdapat kafein yang dapat mengurangkan penyerapan zat besi oleh tubuh dalam pengambilan makanan seharian. Semasa dalam tempoh  rawatan membuang zat besi, pesakit juga digalakkan mengambil Asid Askorbik atau Vitamin C dimana pengambilannya dapat memaksimumkan pengeluaran zat besi dari dalam badan. Hal ini kerana, Vitamin C dapat membantu memudahkan proses penyerapan zat besi di sekitar organ dan meresap ke dalam darah untuk memudahkanya keluar dari badan. Jika pesakit mahu mengambil makanan yang mengandungi zat besi dalam makanan mereka,harus dielakkan daripada mengambil Vitamin C pada masa itu. Pesakit juga tidak digalakkan mengambil makanan yang mengakibatkan kuantiti sel darah merah cepat turun seperti pengambilan asam yang berlebihan dan mee segera.

KESIMPULANNYA ;-

Nutrisi atau Suplemen yang dicadangkan untuk diambil oleh pesakit Thalasemia adalah:-
* B COMPLEX (Vitamin B)
* CHEW VITAMIN C (Vitamin C)
* OSTEMATRIX (Kalsium)
* SR VITAMIN C (500 MG) (
(Vitamin C))

*****PERINGATAN: VITALEA TIDAK BOLEH DIAMBIL KERANA MENGANDUNGI ZAT BESI.PESAKIT THALASEMIA TIDAK BOLEH MENGAMBIL ZAT BESI YANG BERLEBIHAN KERANA BOLEH MENYEBABKAN MAUT/MAKIN TERUK.




Bagi anda yang ingin dapatkan Vitamin Shaklee boleh hubungi 0142782332 (rabiatul). Boleh call/sms/whatapp anytime..

COD:jalan ampang,keramat,setiawangsa,kampung baru,bandar baru ampang
Tempahan/konsultasi-0142782332(rabiatul)
 

Senggugut??

Jumaat, 25 April 2014

 Assalamualaikum..Salam Sejahtera

Moga ceria bahagia semua..

Buat wanita diluar sana..
Berita baik untuk anda..

Tahukah anda, pengambilan kalsium mencukupi bagi wanita dapat mengurangkan masalah senggugut ketika haid. Hal ini kerana sebelum didatangi haid, Paras bekalan Kalsium dalam tubuh akan MENURUN menyebabkan berlaku simptom prahaid seperti emosi tidak stabil dan kekejangan beberapa bahagian tubuh seperti pinggang dan kaki serta sesetengahnya mengalami payudara bengkak.

Apakah kaitan kalsium dengan emosi dan kekejangan? Perlu diingat apabila paras kalsium menurun, proses pengenduran dan pengecutan otot otot rahim tidak berjalan lancar menyebabkan rasa tertekan dan kekejangan sendi-sendi.

Mengapa Ostematrix dicadangkan? Kandungan Kalsium dan Magnesium dalam Ostematrix membantu mengurangkan gejala senggugut dikalangan gadis dan wanita.




Promo Apr 2014; Beli 6 Ostematrix Percuma 1



Jika anda senggugut ( bukan sesungut ye ), boleh ambil 4 biji ostematrik sebelum tido.. Insya Allah anda tak perlu golek golek sambil menekan perut.. ( erkk..kecuali kalau nak amik mc, skip je amik ostematrik :p)










COD:jalan ampang,keramat,setiawangsa,kampung baru,bandar baru ampang
Tempahan/konsultasi-0142782332(rabiatul)

Sering Letih?Ketahui sebab-sebabnya

Sabtu, 12 April 2014

Adakah anda kerap rasa letih? Tahukah anda mengapa ia terjadi? Jom kita lihat sebab-sebabnya..

1. Dehidrasi (Kekeringan air dalam badan)
Kajian menunjukkan walaupun kita kehilangan air pada kadar yang sederhana, daya tumpuan dan mental boleh terganggu dan lembap. Keadaan ini menyebabkan badan letih dan lemah. Sekiranya anda rasa letih atau tidak mampu berfikir dengan baik, cuba minum 1-2 gelas air dan lihat kesannya.
2. Aktiviti berlebihan
Jika jadual harian anda padat dengan pelbagai aktiviti yang memerlukan tenaga dan pergerakan yang kerap, anda mungkin mengalami keletihan dari segi mental dan fizikal. Begitu juga jika anda aktif bersukan dan bersenam secara berlebihan, anda akan mengalami keletihan pada otot dan badan. Jenis pekerjaan juga boleh menyebabkan anda keletihan.

3. Ubat-ubatan
Sebenarnya banyak ubat-ubat sintetik yang memberi kesan sampingan negatif seperti rasa letih dan mengantuk. Contohnya ubat bersifat anti-depresi dan ubat yang penghalang beta seperti ubat migrain dan darah tinggi.

4. Kurang Zat Besi
Zat besi adalah antara unsur mineral yang diperlukan tubuh dalam proses mengangkut oksigen ke sel-sel dan membawa keluar bahan buangan dari sel. Sekiranya anda kekurangan zat besi, fungsi tubuh tidak dapat berfungsi dengan normal hingga menyebabkan anda berasa letih.

5. Tidur kurang berkualiti/ tidak lena
Bukan mudah untuk dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Ramai yang gagal tidur berkualiti disebabkan gaya hidup yang tidak sihat. tidur yang cukup bukan semata-mata untuk kecantikan, yang lebih penting ia mempengaruhi tahap kesihatan

6. Keadaan Kesihatan
Berhati-hati, keletihan anda mungkin petanda keadaan kesihatan kurang baik. Terdapat beberapa penyakit yang dikaitkan dengan keletihan seperti masalah penghadaman, penyakit berkaitan kardiovasukular, kanser, penyakit autoimun, penyakit hati dan banyak lagi. Mengandung juga boleh menjadi punca anda keletihan.

7. Stress
Keadaan stress seseorang boleh menyumbang kepada keletihan. Orang yang stress akan mudah rasa letih. Bukan setakat tubuh fizikal yang akan letih, mental juga akan turut merasainya.



TANDA/ SIMPTOM KELETIHAN

 

Kebanyakan orang yang mengalami keletihan mendakwa mereka akan mempunyai salah satu atau kombinasi dari simptom-simptom berikut
  • Kurang bertenaga
  • Rasa tidak selesa
  • Rasa tidak sihat
  • Rasa mengantuk
  • Rasa kurang semangat/ motivasi
  • Sukar beri tumpuan
  • Sukar buat keputusan
  • Sukar sempurnakan tugas harian
  • Rasa tertekan

    TIPS ATASI KELETIHAN

    1. Tidur berkualiti : tetapkan rutin tidur yang sihat, kosongkan fikiran anda sebelum tidur, dapatkan tidur yang mencukupi kerana waktu tidurlah mental dan fizikal anda berehat setelah seharian bekerja

    2. Makan dan minum dengan betul : amalkan gaya pemakanan yang seimbang dan sihat, jangan makan terlalu banyak terutamanya beberapa jam sebelum tidur, kurangkan pengambilan kafein, ambil suplemen untuk mengisi kekurangan nutrisi anda

    3. Bersenam : Kajian menunjukkan, individu yang bersenam secara konsisten akan dapat menngurangkan faktor risiko yang menyebabkan keletihan berpanjangan. Badan yang tidak cergas akan mudah keletihan.
     

    SUPLEMEN YANG DAPAT MEMBANTU

    Saya juga mengalami keletihan. Sepanjang hari bekerja memberi kesan kepada tahap kecergasan saya. Bagi saya, selain mengubah cara hidup ke arah gaya yang lebih sihat, saya juga memilih untuk mengambil suplemen dari Shaklee untuk membantu saya menangani masalah keletihan ni. Berikut adalah cadangan untuk mengatasi masalah ini :

    • VitaLea Iron Formula -  mengandungi 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.  Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik
    • Sustainable Release Vita C - mengisi kehilangan vitamin c yang mudah berlaku ketika melakukan aktiviti harian. Membantu meningkatkan sistem imun badan
    • B Complex -  mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik. Membantu proses metabolisma makanan kepada tenaga serta mengurangkan stress.
    • ESP Soy Protein Isolate Powder -   Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
      rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten. Juga mambantu mengurangkan stress. 
    • OsteMatrix - mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan menyeluruh. Kalsium membantu kesihatan otot dan saraf serta mendapat tidur lebih lena
    • Cinch Energy Tea Mix - alternatif kepada minuman teh dan kopi kegemaran anda. Membantu meningkatkan tenaga secara semulajadi.
    credit to AleesalitleZone 

    Dapatkan vitamin pilihan & konsultasi percuma dari saya.
    Saya adalah pengedar shaklee di KUALA LUMPUR dan kawasan sekitar AMPANG,KERAMAT Dan SETIAWANGSA boleh COD
    sms/call/whatsapp : 014 2782332
    email : rabiatul.ruby@gmail.com
    fb : Rabiatul Adawiyyah / Kedai Farmasi Online
    Shaklee ID:1082855  

April 2014 - Sayangi Tulang anda

Jumaat, 11 April 2014

RM0.00 Shaklee: Apr'14 Buy 6 Free 1 Promotion - OsteMatrix. Place your order now! TQ

BERITA BAIK untuk WANITA dan LELAKI:

-- terutama wanita hamil, bersalin & menyusukan bayi
-- KALSIUM amat penting dalam diet harian!
-- tidak boleh boleh minum susu.. telan je pil ni..
-- wanita perlu LEBIH KALSIUM berbanding lelaki

Buat LELAKI yang amat gemari minuman berkafein.. PERLU!!
-- anda tidak minum susu
-- anda merokok?
-- anda sering tidur lewat
-- anda kaki futsal

HARGA MAMPU MILIK!!
Retail price : RM61 je sebotol
PROMOSI SEPANJANG APRIL'14
NAK LEBIH JIMAT LAGI??
-- DAFTAR AHLI JIMAT selamanya!!








Dapatkan vitamin pilihan & konsultasi percuma dari saya.
Saya adalah pengedar shaklee di KUALA LUMPUR dan kawasan sekitar AMPANG,KERAMAT Dan SETIAWANGSA boleh COD
sms/call/whatsapp : 014 2782332
email : rabiatul.ruby@gmail.com

FB : Rabiatul Adawiyyah /Kedai Farmasi Online
Shaklee ID:1082855