Memaparkan catatan dengan label Vitalea. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Vitalea. Papar semua catatan

Set Berpantang Shaklee

Khamis, 24 April 2014

Salam Sejahtera,

Menunggu kelahiran anak kadangkala mendebarkan dan membuatkan ibu terasa teruja. Tidak ketinggalan juga buat kaum bapa.

Pastinya ibu-ibu sekalian sedang merancang dan membuat persediaan bagi menyambut kehadiran ahli baru dalam keluarga. Dalam pada shopping keperluan bayi dan ibu itu, set berpantang jangan dilupa ye..
Pemilihan set berpantang semasa dalam tempoh pantang perlulah dibuat dengan teliti bagi memastikan kesihatan ibu dan anak terjamin. Zaman ibu-ibu kita dulu, kebanyakan mereka memakan jamu tradisional untuk membaikpulih luka dan kesegaran tubuh sepanjang tempoh berpantang. Tetapi terdapat jua jamu tradisional dari herba yang membuatkan bayi panas dan demam. Hal ini amatlah tidak baik untuk ibu dan anak. Apabila anak demam, ibu akan tertekan kerana terpaksa berjaga malam dan berasa risau dengan keadaan kesihatan si Manja. Bagi memberikan yang terbaik untuk wanita, di Shaklee terdapat cadangan vitamin untuk Set Berpantang. Mari kita kenali apakah vitamin tersebut dan buatlah pilihan yang bijak demi kesihatan sempurna berpanjangan. Alamilah tempoh berpantang dengan gembira.


Vitamin yang disarankan untuk ibu dalam pantang; sesuai untuk kelahiran normal dan pembedahan.

VITALEA (Multivitamin)

 

Ia merupakan Multivitamin dan multimineral yang membekalkan 28 jenis nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Ia mengandungi Beta Karotena untuk pemulihan dan perkembangan tisu; kalsium,, fosforus dengan vitamin C & D untuk kesihatan tulang dan penyusuan; Biotin dan Panthotenic Acid untuk metabolisma lemak dan Vitamin B12 untuk pembentukan sel darah merah. Seperti sedia maklum ibu baru bersalin semestinya mengalami kehilangan banyak darah.

B COMPLEX (Vitamin B)

Vitamin B Complex  dari Shaklee lengkap dengan 8 jenis vitamin B untuk kesihatan sistem saraf dan juga anti-tekanan. Semasa proses kelahiran ibu-ibu juga mengalami kecederaan tisu saraf. Kebiasaannya, Ibu yang baru melahirkan anak akan mengalami sedikit tekanan perasaan. Gejala tekanan dan kemurungan kerap berlaku kepada Ibu yang menghidap penyakit darah tinggi atau kencing manis semasa tempoh kehamilan. Jika ia tidak dibendung boleh membawa kepada gejala meroyan. Selain itu, Ibu yang berada dalam keadaan tertekan juga boleh memberi kesan kepada penghasilan susu badan.

Sustained Released VITA-C (Vitamin C)


Umum sedia maklum bahawa Vitamin C sinonim dengan kecantikan. Bagi Ibu yang telah melahirkan anak, kandungan kolagen dalam tubuh akan berkurang dengan lebih cepat berbanding wanita biasa. Oleh itu, pengambilan Vitamin C amatlah penting dalam penghasilan semula kolagen dalam tubuh ibu. Selain itu, Vitamin C juga membantu penyerapan zat besi bagi mengelakkan gejala anemia di kalangan ibu baru bersalin dan mencegah selesema. Disamping itu, kandungan Vitamin C yang cukup dalam tubuh ibu yang menyusukan bayi membantu mengelakkan bayi dari terkena Kuning/Jaundis.

Zinc Complex (keperluan Zink)


Luka dalaman dan luaran akibat kelahiran perlu dirawat dan dibaikpulih dengan sempurna kerana ia berkait rapat dengan hubungan intim suami isteri dalam jangka masa panjang.
Kekurangan zinc dalam tubuh serta tekanan yang berlaku selepas melahirkan anak menjadikan luka lambat sembuh. Pengambilan Zin yang mencukupi membantu menyembuhkan luka akibat proses kelahiran bayi. Selain itu, Zinc juga membantu mengelakkan jangkitan pada luka serta mengelakkan rambut gugur. Ibu hamil dan melahirkan anak kerap alami keguguran rambut kerana zat dalam badan banyak diserap oleh bayi.

Energizing Soy Protein (Protein)


Ibu baru bersalin memerlukan protein untuk membina dan memulihkan kembali tisu-tisu yang rosak akibat luka semasa kelahiran. Selain itu, protein juga penting dalam memulih dan membekalkan tenaga bagi tubuh Ibu. Pengambilan protein berserta konsep demand and supply juga penting dalam penyusuan susu ibu. ESP Shaklee juga membantu menganjalkan kembali kulit, payudara dan punggung Ibu selepas bersalin.

Ostematrix (kalsium) 


Selepas bersalin, kebanyakan Ibu-Ibu mengalami kesukaran membuang air besar (sembelit). Hal ini kerana kalsium dalam tubuh berkurangan diserap bayi sepanjang tempoh kehamilan. Apabila kalsium kurang dalam tubuh ia menyebabkan pengecutan dan pengenduran otot-otot terlibat dalam proses pengeluaran air besar bekerja dengan lambat. Oleh itu, pengambilan kalsium yang mencukupi membantu melawaskan proses membuang air besar.  Gabungan kalsium-magnesium-vitamin D dan mineral-mineral lain yang terdapat dalam Ostematrix bukan saja baik untuk tulang dan otot tetapi juga untuk gigi  dan pembentukan sel darah.

ALFALFA COMPLEX

 
Merupakan klorofil terbaik untuk nutrien tubuh. Digunakan sejak zaman berzaman sebagai milk booster (tapi awas jika bayi anda mengalami jaundis/kuning, sila tangguhkan dulu pengambilan alfalfa). Selain milk Booster, alfafa juga baik untuk kesihatan dalaman wanita iaitu membantu mengurangkan keputihan, mengembalikan Miss V seakan si Dara dan mengekalkan kesihatan rahim.


LECITHIN

Lecithin membantu mengelak dan mengurangkan pembengkakan payudara Ibu menyusu.





####Testimonial Set Berpantang dari Shaklee.####


Dapatkan vitamin pilihan & konsultasi percuma dari saya.

Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di KUALA LUMPUR dan kawasan sekitar AMPANG,KERAMAT Dan SETIAWANGSA boleh COD.


sms/call/whatsapp : 014 2782332
email : rabiatul.ruby@gmail.com
fb : Rabiatul Adawiyyah / Kedai Farmasi Online
Shaklee ID:1082855  




Sering Letih?Ketahui sebab-sebabnya

Sabtu, 12 April 2014

Adakah anda kerap rasa letih? Tahukah anda mengapa ia terjadi? Jom kita lihat sebab-sebabnya..

1. Dehidrasi (Kekeringan air dalam badan)
Kajian menunjukkan walaupun kita kehilangan air pada kadar yang sederhana, daya tumpuan dan mental boleh terganggu dan lembap. Keadaan ini menyebabkan badan letih dan lemah. Sekiranya anda rasa letih atau tidak mampu berfikir dengan baik, cuba minum 1-2 gelas air dan lihat kesannya.
2. Aktiviti berlebihan
Jika jadual harian anda padat dengan pelbagai aktiviti yang memerlukan tenaga dan pergerakan yang kerap, anda mungkin mengalami keletihan dari segi mental dan fizikal. Begitu juga jika anda aktif bersukan dan bersenam secara berlebihan, anda akan mengalami keletihan pada otot dan badan. Jenis pekerjaan juga boleh menyebabkan anda keletihan.

3. Ubat-ubatan
Sebenarnya banyak ubat-ubat sintetik yang memberi kesan sampingan negatif seperti rasa letih dan mengantuk. Contohnya ubat bersifat anti-depresi dan ubat yang penghalang beta seperti ubat migrain dan darah tinggi.

4. Kurang Zat Besi
Zat besi adalah antara unsur mineral yang diperlukan tubuh dalam proses mengangkut oksigen ke sel-sel dan membawa keluar bahan buangan dari sel. Sekiranya anda kekurangan zat besi, fungsi tubuh tidak dapat berfungsi dengan normal hingga menyebabkan anda berasa letih.

5. Tidur kurang berkualiti/ tidak lena
Bukan mudah untuk dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Ramai yang gagal tidur berkualiti disebabkan gaya hidup yang tidak sihat. tidur yang cukup bukan semata-mata untuk kecantikan, yang lebih penting ia mempengaruhi tahap kesihatan

6. Keadaan Kesihatan
Berhati-hati, keletihan anda mungkin petanda keadaan kesihatan kurang baik. Terdapat beberapa penyakit yang dikaitkan dengan keletihan seperti masalah penghadaman, penyakit berkaitan kardiovasukular, kanser, penyakit autoimun, penyakit hati dan banyak lagi. Mengandung juga boleh menjadi punca anda keletihan.

7. Stress
Keadaan stress seseorang boleh menyumbang kepada keletihan. Orang yang stress akan mudah rasa letih. Bukan setakat tubuh fizikal yang akan letih, mental juga akan turut merasainya.



TANDA/ SIMPTOM KELETIHAN

 

Kebanyakan orang yang mengalami keletihan mendakwa mereka akan mempunyai salah satu atau kombinasi dari simptom-simptom berikut
  • Kurang bertenaga
  • Rasa tidak selesa
  • Rasa tidak sihat
  • Rasa mengantuk
  • Rasa kurang semangat/ motivasi
  • Sukar beri tumpuan
  • Sukar buat keputusan
  • Sukar sempurnakan tugas harian
  • Rasa tertekan

    TIPS ATASI KELETIHAN

    1. Tidur berkualiti : tetapkan rutin tidur yang sihat, kosongkan fikiran anda sebelum tidur, dapatkan tidur yang mencukupi kerana waktu tidurlah mental dan fizikal anda berehat setelah seharian bekerja

    2. Makan dan minum dengan betul : amalkan gaya pemakanan yang seimbang dan sihat, jangan makan terlalu banyak terutamanya beberapa jam sebelum tidur, kurangkan pengambilan kafein, ambil suplemen untuk mengisi kekurangan nutrisi anda

    3. Bersenam : Kajian menunjukkan, individu yang bersenam secara konsisten akan dapat menngurangkan faktor risiko yang menyebabkan keletihan berpanjangan. Badan yang tidak cergas akan mudah keletihan.
     

    SUPLEMEN YANG DAPAT MEMBANTU

    Saya juga mengalami keletihan. Sepanjang hari bekerja memberi kesan kepada tahap kecergasan saya. Bagi saya, selain mengubah cara hidup ke arah gaya yang lebih sihat, saya juga memilih untuk mengambil suplemen dari Shaklee untuk membantu saya menangani masalah keletihan ni. Berikut adalah cadangan untuk mengatasi masalah ini :

    • VitaLea Iron Formula -  mengandungi 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.  Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik
    • Sustainable Release Vita C - mengisi kehilangan vitamin c yang mudah berlaku ketika melakukan aktiviti harian. Membantu meningkatkan sistem imun badan
    • B Complex -  mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik. Membantu proses metabolisma makanan kepada tenaga serta mengurangkan stress.
    • ESP Soy Protein Isolate Powder -   Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
      rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten. Juga mambantu mengurangkan stress. 
    • OsteMatrix - mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan menyeluruh. Kalsium membantu kesihatan otot dan saraf serta mendapat tidur lebih lena
    • Cinch Energy Tea Mix - alternatif kepada minuman teh dan kopi kegemaran anda. Membantu meningkatkan tenaga secara semulajadi.
    credit to AleesalitleZone 

    Dapatkan vitamin pilihan & konsultasi percuma dari saya.
    Saya adalah pengedar shaklee di KUALA LUMPUR dan kawasan sekitar AMPANG,KERAMAT Dan SETIAWANGSA boleh COD
    sms/call/whatsapp : 014 2782332
    email : rabiatul.ruby@gmail.com
    fb : Rabiatul Adawiyyah / Kedai Farmasi Online
    Shaklee ID:1082855