Memaparkan catatan dengan label Zinc Complex. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zinc Complex. Papar semua catatan

Set Berpantang Shaklee

Khamis, 24 April 2014

Salam Sejahtera,

Menunggu kelahiran anak kadangkala mendebarkan dan membuatkan ibu terasa teruja. Tidak ketinggalan juga buat kaum bapa.

Pastinya ibu-ibu sekalian sedang merancang dan membuat persediaan bagi menyambut kehadiran ahli baru dalam keluarga. Dalam pada shopping keperluan bayi dan ibu itu, set berpantang jangan dilupa ye..
Pemilihan set berpantang semasa dalam tempoh pantang perlulah dibuat dengan teliti bagi memastikan kesihatan ibu dan anak terjamin. Zaman ibu-ibu kita dulu, kebanyakan mereka memakan jamu tradisional untuk membaikpulih luka dan kesegaran tubuh sepanjang tempoh berpantang. Tetapi terdapat jua jamu tradisional dari herba yang membuatkan bayi panas dan demam. Hal ini amatlah tidak baik untuk ibu dan anak. Apabila anak demam, ibu akan tertekan kerana terpaksa berjaga malam dan berasa risau dengan keadaan kesihatan si Manja. Bagi memberikan yang terbaik untuk wanita, di Shaklee terdapat cadangan vitamin untuk Set Berpantang. Mari kita kenali apakah vitamin tersebut dan buatlah pilihan yang bijak demi kesihatan sempurna berpanjangan. Alamilah tempoh berpantang dengan gembira.


Vitamin yang disarankan untuk ibu dalam pantang; sesuai untuk kelahiran normal dan pembedahan.

VITALEA (Multivitamin)

 

Ia merupakan Multivitamin dan multimineral yang membekalkan 28 jenis nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Ia mengandungi Beta Karotena untuk pemulihan dan perkembangan tisu; kalsium,, fosforus dengan vitamin C & D untuk kesihatan tulang dan penyusuan; Biotin dan Panthotenic Acid untuk metabolisma lemak dan Vitamin B12 untuk pembentukan sel darah merah. Seperti sedia maklum ibu baru bersalin semestinya mengalami kehilangan banyak darah.

B COMPLEX (Vitamin B)

Vitamin B Complex  dari Shaklee lengkap dengan 8 jenis vitamin B untuk kesihatan sistem saraf dan juga anti-tekanan. Semasa proses kelahiran ibu-ibu juga mengalami kecederaan tisu saraf. Kebiasaannya, Ibu yang baru melahirkan anak akan mengalami sedikit tekanan perasaan. Gejala tekanan dan kemurungan kerap berlaku kepada Ibu yang menghidap penyakit darah tinggi atau kencing manis semasa tempoh kehamilan. Jika ia tidak dibendung boleh membawa kepada gejala meroyan. Selain itu, Ibu yang berada dalam keadaan tertekan juga boleh memberi kesan kepada penghasilan susu badan.

Sustained Released VITA-C (Vitamin C)


Umum sedia maklum bahawa Vitamin C sinonim dengan kecantikan. Bagi Ibu yang telah melahirkan anak, kandungan kolagen dalam tubuh akan berkurang dengan lebih cepat berbanding wanita biasa. Oleh itu, pengambilan Vitamin C amatlah penting dalam penghasilan semula kolagen dalam tubuh ibu. Selain itu, Vitamin C juga membantu penyerapan zat besi bagi mengelakkan gejala anemia di kalangan ibu baru bersalin dan mencegah selesema. Disamping itu, kandungan Vitamin C yang cukup dalam tubuh ibu yang menyusukan bayi membantu mengelakkan bayi dari terkena Kuning/Jaundis.

Zinc Complex (keperluan Zink)


Luka dalaman dan luaran akibat kelahiran perlu dirawat dan dibaikpulih dengan sempurna kerana ia berkait rapat dengan hubungan intim suami isteri dalam jangka masa panjang.
Kekurangan zinc dalam tubuh serta tekanan yang berlaku selepas melahirkan anak menjadikan luka lambat sembuh. Pengambilan Zin yang mencukupi membantu menyembuhkan luka akibat proses kelahiran bayi. Selain itu, Zinc juga membantu mengelakkan jangkitan pada luka serta mengelakkan rambut gugur. Ibu hamil dan melahirkan anak kerap alami keguguran rambut kerana zat dalam badan banyak diserap oleh bayi.

Energizing Soy Protein (Protein)


Ibu baru bersalin memerlukan protein untuk membina dan memulihkan kembali tisu-tisu yang rosak akibat luka semasa kelahiran. Selain itu, protein juga penting dalam memulih dan membekalkan tenaga bagi tubuh Ibu. Pengambilan protein berserta konsep demand and supply juga penting dalam penyusuan susu ibu. ESP Shaklee juga membantu menganjalkan kembali kulit, payudara dan punggung Ibu selepas bersalin.

Ostematrix (kalsium) 


Selepas bersalin, kebanyakan Ibu-Ibu mengalami kesukaran membuang air besar (sembelit). Hal ini kerana kalsium dalam tubuh berkurangan diserap bayi sepanjang tempoh kehamilan. Apabila kalsium kurang dalam tubuh ia menyebabkan pengecutan dan pengenduran otot-otot terlibat dalam proses pengeluaran air besar bekerja dengan lambat. Oleh itu, pengambilan kalsium yang mencukupi membantu melawaskan proses membuang air besar.  Gabungan kalsium-magnesium-vitamin D dan mineral-mineral lain yang terdapat dalam Ostematrix bukan saja baik untuk tulang dan otot tetapi juga untuk gigi  dan pembentukan sel darah.

ALFALFA COMPLEX

 
Merupakan klorofil terbaik untuk nutrien tubuh. Digunakan sejak zaman berzaman sebagai milk booster (tapi awas jika bayi anda mengalami jaundis/kuning, sila tangguhkan dulu pengambilan alfalfa). Selain milk Booster, alfafa juga baik untuk kesihatan dalaman wanita iaitu membantu mengurangkan keputihan, mengembalikan Miss V seakan si Dara dan mengekalkan kesihatan rahim.


LECITHIN

Lecithin membantu mengelak dan mengurangkan pembengkakan payudara Ibu menyusu.





####Testimonial Set Berpantang dari Shaklee.####


Dapatkan vitamin pilihan & konsultasi percuma dari saya.

Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di KUALA LUMPUR dan kawasan sekitar AMPANG,KERAMAT Dan SETIAWANGSA boleh COD.


sms/call/whatsapp : 014 2782332
email : rabiatul.ruby@gmail.com
fb : Rabiatul Adawiyyah / Kedai Farmasi Online
Shaklee ID:1082855  




Tiada lagi rambut gugur

Sabtu, 12 April 2014

✦✦ Mengapa Rambut GUGUR?? ✦✦

✼Stress atau Tekanan ~ Bagi mereka yang bekerja banyak menggunakan mental akan mudah mendapat tekanan dan golongan ini paling banyak mengalami masalah keguguran rambut yang kronik

✼Pemakan Harian ~ Ramai yang suka makan di luar..mungkin tak sempat nak masak..Bahan pengawet/ MSG banyak terkandung dlm makanan-makanan ini yang akan menyebabkan rambut gugur..lebih lebih lagi makan fast food

✼Hormon ~ Hormon juga memainkan peranan sebab itulah ibu selepas bersalin akan mengalami masalah rambut gugur sebab hormon berubah

✼Penjagaan Rambut yang Tidak sempurna ~ Shampoo yang digunakan mestilah sesuai dengan jenis rambut.Sikat yang kotor juga merosakkan akar rambut akibat habuk2 yang terperangkap.Penggunaan minyak rambut/conditioner juga sering di abaikan sedangkan rambut juga perlukan pelembap agar akar rambut sihat dan tidak mudah rapuh

✦✦ Jom Halang Rambut dari GUGUR ✦✦

✿Elakkan diri anda dari stress yang berterusan..Kalau stress minum air kosong. kata pakar,ia mampu menghilangkan stress

✿Amalkan cara hidup yang sihat dan biasakan membelai rambut..

✿Amalkan pemakanan yang seimbang.Kesihatan rambut juga perlukan zat nutrisi yang secukupnya seperti protein,vitamin C,Bcomplex dan Zinc Complex.Bagi mereka yang sibuk supplement adalah alternatif yang baik.

✿Lakukan penjagaan rambut yang rapi :
✹Gunakan Shampoo yang sesuai dan "mild" agar tidak menjejaskan akar rambut
✹Setelah shampoo amalkan conditioner/minyak rambut seperti zaitun atau Baby oil
✹Pastikan sikat kerap di cuci agar habuk tidak terperngkap di celahnya dan merosakkan akar rambut
✹Disarankn ganti sikat 2-3 bulan sekali
✹Sesekali buatlah Spa rambut dengan mencucirambut dengan kuntuman bunga raya

Bagi point 3,dan 4 anda boleh amalkan Shaklee Prosante Shampoo dan Shaklee Prosante Conditioner untuk merawat dan menguatkan akar rambut dari luar.Bagi rawatan dari dalam,boleh amalkan Zinc complex.

✔ Dijamin HALAL
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan





Dapatkan vitamin pilihan & konsultasi percuma dari saya.
Saya adalah pengedar shaklee di KUALA LUMPUR dan kawasan sekitar AMPANG,KERAMAT Dan SETIAWANGSA boleh COD
sms/call/whatsapp : 014 2782332
email : rabiatul.ruby@gmail.com
fb : Rabiatul Adawiyyah / Kedai Farmasi Online
Shaklee ID:1082855